Jumaat, November 27, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KEPADA MAK DAN AYAH YANG TERCINTA

KEPADA ALONG, KAKAK,ABG WAN, AMMAR, KAK LANG, ABANG, ACIK, DAN ADIK

MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEMOGA PERISTIWA PENGORBANAN NABI ISMAIL DAN NABI IBRAHIM

MENJADI PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA...

SALAM PERANTAWAN .......

Ahad, November 15, 2009

PeRpIsAhAn......

BISMILAHIRAHMANIRRAHIM....

JUMAAT,15/11/2009

MERUPAKAN JAMUAN AKHIR TAHUN BAGI SOIS

DAN DI MAJLIS INI PELAJAR SEM 5 DIRAIKAN

SEDAR TAK SEDAR,TAHUN INI GENAP LAH 2 TAHUN SETENGAH

KAMI BERKENALAN DAN BERJUANG BERSAMA-SAMA

DALAM MENGHABISKAN DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

SEM INI JUGA MERUPAKAN SEM YANG TERAKHIR KAMI BERJUANG BERSAMA2
DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP, KUANTAN PAHANG...

SEM DEPAN,MASING2 AKAN BALIK KE NEGERI ASAL MASING2

UNTUK MELANJUTKAN SEM 6,(PRAKTIKAL)

GOOD LUCK TO OF YOU

ALL THE BEST

INSYALLAH, JUMPA LAGI..




Rabu, Oktober 07, 2009

a little khalifah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
khamis,1 oktober 2009...
lahirlah anak saudara yang pertama..
nama dia ammar zikri bin norwan nasir
sangat sangat terkejut dengan berita ini
sebab dia sepatutnya lahir awal bulan 11...
masa dapat berita ini,tengah dalam kelas account..
lepas dapat tau,habis hilang semua nombor huhuhu..
sehingga hari ini masih belum dapat jumpa dia..
xpe3...3 minggu lagi akan ku pulang..
huhuhu.insyallah...

Jumaat, Oktober 02, 2009

good luck


bismillahirohmanirrahim.....

good luck be taufiq wannajah

to all student F3

yang akan menduduki PMR

pada minggu hadapan

specially, my dear sister,

NAJIHAH BINTI NOOR AZLAN(a.k.a acik)

insyallah 9'A....

acik, you can do it!!!!!

chaiyok! chaiyok!chaiyok!

Sabtu, Jun 27, 2009




HAPPY FATHER'S DAY
TO MY DAD.....

I LOVE YOU SO MUCH...
TANPA AYAH,
ATEH TAK AKAN JADI ATEH YANG SEKARANG,....
TANK YOU SO MUCH.....
MAY ALLAH BLESS YOU....




Rabu, Jun 24, 2009

KBM2 SMKTJB

KBM2 di SM Teknik Johor Bahru


Alhamdulillah, KBM 2 telah berjaya dijalankan di SM Teknik JB, salah satu sekolah yang sentiasa menjadi perhatian team KRJ Johor. Kenangan di sekolah ini memang cukup indah malah kami terasa sudah menjadi sebahagian dari keluarga mereka apa tidaknya bila adik-adik di sana berpeluang berusrah bersama kakak-kakak dan abang-abang KRJ.

KBM2adalah modul baru sebagai salah satu modul penerusan buat adik-adik yang telah mengikuti KBM yang pertama. InsyaAllah, tak lama lagi merebak la KBM 2 ke negeri-negeri lain….tungguuuuu….. Seronok ke tidak KBM 2 ni hanya Tuhan yang tahu..

Antara gambar-gambar menarik...



Slot Nikmat Oh Nikmat






Slot Explore de Quran









Slot Pak Anjang...




berdiri dari kiri : ustzah mohaini,mus'ab,sarah sahreel,kak sakinah norkhair,syaima' adibah, dan kak miza..
duduk dari kiri :kak sodd,kakG,nabihah,kak ani,kak insyirah,dan syahidah



Tahniah kepada pengendali, fasilitator dan semua peserta yang mengambil bahagian.

Sabtu, Jun 13, 2009

cermin saya...

dengan nama Allah yg maha pemurah lag maha penyayang......

setinggi- tinggi kesyukuran ku panjatkan pada ILAHI,kerana dengan limpah kurniaNYA saya masih hidup dengan penuh kenikmatan yang diberikan pada hambaNYA di muka bumi yang sungguh indah ini...


setiap manusia yang diciptakan oleh Allah, disertakan dengan perasaan ingin berteman..
sejarah manusia itu sendiri telah membuktikan fitrah manusia ini ingin kan teman. teman
untuk berbicara, bersuke ria,bergelak tawa, sedih dan duka dirasai bersama.
nabi adam A.S adalah manusia yang pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T..lama- kelamaan nabi Adam A.S bersama sunyi dan ingin berteman.lalu Nabi Adam A.S pon mengadu hal ini kepada Allah S.W.T, dan Allah pon mencipta Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S...

begitu juga kita manusia biasa..tipulah andai ada dikalangan kita mengatakan dia tidak perlu berteman dan mampu untuk hidup bersendirian..sedang kita yang hidup di zaman ini tidak boleh lari dari urusan sesama manusia (Muamalat)..

persoalan di sini..teman bagaimanakah yang kita ingin kan?teman yang boleh membawa kita ke arah kebaikan atau keburukan? ...rata - rata manusia inginkan kebaikan. kerana ini adalah fitrah manusia yang sukakan kepada benda yang cantik dan kebaikan.tapi adakah kita melakukan dan membawa diri kita ke arah kebaikan?.renung2kan..

memang susah untuk jadi baik..tapi tak susah untuk kita berusaha dan mencari jalan kebaikan itu..ha, di sini lah peranan kita sebagai teman..di dalam hadis pon ada berpesan, tapi ayah dah ubah jadi lagi sedap"kalau kita kawan dengan orng yang jual minyak wangi, kita akan bau wangi, kalau kita kawan dengan orng yang angkat sampah, kita akan berbau sampah juga"....

jadi, selalu lah kita mencari teman yang dapat membantu dan membimbing kita ke arah kebaikan...bila kita dapat teman tu,jaga la ia...ibarat kita dapat berlian..mesti kita sentiasa jaga dia dengan penuh rapi..xkan la kita nak biarkan berlian kita mcm tu je kan.mahal tu berlian..dah la mahal susah lak tu nak dapat..huhuhu..

wasalam~

vila hijau
dalam bilik tidur
13 jun 2009
2.07 am



Selasa, Mei 26, 2009

berakhirnya episod...

bismilllahirahmanirohim....

wah..sungguh rasa gembira kerana sudah bermulanya episod cuti ....

inilah saat2 yg selalu dinanti2kan..hehehee

malangnya,hanya sebulan lebih je..huhuhu:(..xpe yng penting cuti..huhuhu

bile bermula cuti,,maka berakhirlah kesah hidup sem 4..

wah dah sem 4 dah..kejap nye,,rasa mcm semalam je daftar kat IIC...

maksudnya.tinggal lagi satu sem je nak belajar..sem 6 dah pegi praktikal...huhuhu...

terlalu banyak kesah2 yang terjadi dalam sem 4 nie..

n belajar banyak sangat pengajaran kesan dari kesah2 yang terjadi.....

but one morething that very import to teruskan hidup ini....

kita kene sabar,kuatkan iman, rapatkan diri dengan allah..jangan mudah mengeluh.

yg penting sekali kuatkan kepercayaan pada allah.....

Sabtu, April 25, 2009




dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,,

hidup ini masih diteruskan walaupun pelbagai cabaran dan dugaaan

yang diberi olehnya untuk menguji keimanan dan ketakwaanh di

hambanya kepada-NYa..

masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari..

baruku sedar, sudah hampir 2 tahun diriku menuntut di ICC....

tinggal lagi satu sem belajar dan lagi satu sem praktikal...

rasa baru semalam diriku mendaftarkan diri di IIC..

so, ape kaitan dengan gambar qalam Allah di atas???

sebenaranya baru ku sedar..dari awal sem,,(bulan 5,2007)...

baru hari ini ku dapat khatamkan al-quran...

alhamdulillah..syukur sangat2 kepadanya...

kerana akhirnya, dengan izinnya..

dapat jua ku mengkhatamkan al -quran...

sebelum tamatnya sem 4..

dikesempatan ini jua igin ku memohan ampun maaf atas

salah silap samada dilakukan tanpa disedari atau tak disedari...

berikut adalah tarikh2 periksa final exam:

11/5 PRINCIPAL OF ECONOMY ISLAMIC

12/5 INTRODUCTION TO FINANCIAL ACONNTING

14/5 FUNDAMENTAL OF INVESMENT

15/5 BUSINESS MATHEMATIC AND STATISTIC

18/5 ENTREPRENEURSHIP

20/5 PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

22/5 FINANCIAL MANAGEMENT 2

Selasa, April 07, 2009

HARGA MASA LALU


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S A W..DAN KAUM
KELUARGAANYA SERTA SAHABAT-SAHABATNYA...
ALHAMDULILLAH..
bersyukur ku kepada TUHAN sekalian alam..kerana dengan izinnya
dapat jua diriku "mengemaskinikan" blog yang penuh bersawang dan
berhabuk dekat setebal 5 cm...
keadaan ku ini bertepatan dengan kalam Allah di dalam surah al-asr.
yang membawa maksud:
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
demi masa
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan nasihat
menasihati dengan kebenaran dan nasihat nasihati dengan kesabaran
dalam sebuah syair arab yang menceritakan keadaan manusia di akhir
- akhir zaman.iaitu, manusia akan menggunakan masanya(sibuk)
dengan urusan duniawi berbanding dengan urusan akhirat..
begitulah keadaan kita yang hidup di akhir2 zaman ini.sebagai
seorang pelajar, kadang2 diriku terfikir dan timbul lah simbul
tanda tanya di dalam memoriku, "hari ini, masa ku habis untuk apa?
di mana?, adakah banyak masa untukNya atau untuk kesenangan diriku
di dunia?"
jom kita sama2 menganalisis masa ku seminggu...
isnin
pagi.. 6.00 bangun/solat subuh/mandi
7.30 bersiap ke kelas
8.00 tunggu bas
9.00 kelas busines mathe and statistik
11.00 rehat(no class)
petang 2.00 kelas principal ecomomic of islamic
4.00 kelas introduction for account
6.00 balik hostel
malam 7.30 solat magrib
makan
9.00 solat isyak
9.30 stady
pagi 2.00 tido..
nah,bape kali je masa kita dengan allah?
dan dalam masa yang sama kita nak mcm2 yang TERBAIK dariNYa
so renung2kan lah..moga selepas ini. kita akan menfaatkan masa yang kita ada.
bak kata pepatah ayahanda dan bonda tersayang..
" masa itu datang sekali je.tak akan boleh untuk dipatah balik, jadi masa yang datang ini
hendaklah diisikan dengan sepenuh2 manfaat agar kita tidak menjadi seperti orang2
kafir,menyesal tak sudah.."
imam ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya.,
"apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
lalu murid 1 menjawab = "negeri China"
murid kedua = " bulan"
murid ketiga = " matahari"
murid keempat = " bintang - bintang"
imam ghazali: semua jawapan itu adalah benar, tetapi yang paling benar ialah MASA LALU.
bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali masa lalu. oleh
sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari - hari yang akan datang agar
melakukan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama islam..
p/s: hari sabtu hari itu bongkar semula nota2 subjek yang lepas2..tibe2 terjumpa puisi kat
bawah ini yang ditulis oleh sahabatku, siti sarah binti ahmad sahreel time f5 dulu. time 2 dia
tengah mengantuk..


ya mujahidah....

kau ibarat bendera

yang digenggam oleh mujahid....

tapi, kini.....

hanya kerana dirimu....

hanya kerana kata - katamu.....

hanya kerana fitnah berbaur dendam...

kau ibarat anjing liar yang memburu perhatian


apa ada pada kuasa?

apa ada pada janji?

apa ada pada bicara manismu?

sekiranya dirimu memesongkan hakikat realiti,


kepura - puraan berselindung di sebalik kejujuran,

kebenaran tersisih jauh dari keikhlasan

hanya mainan dirimu...


wahai mujahidah....

disebalik janji, khianat, kebenaran, dan kepalsuaan

manakah lebih berkuasa

antara nafsu, dendam, kuasa dan rasa,


tiada lagi kata sejujur sifat,

tiada ungkapan setulus hakikat,

dirimu kini tidak berguna,

jikalau engkau tidak berubah,

dari saat ini hingga selamanya..